Selasa, 11 Januari 2011

Nazrey Johani - Nasihat Buat Adik

Wahai adikku sayang dengarkanlah lagu ini
Yang sedang abang dendangkan moga menjadi nasehat untukmu
Didalam kau meniti kehidupan ini yang penuh dengan pancaroba

Wahai adikku sayang patuhlah pada ibu ayahmu
Hormatilah gurumu janganlah melukai hati mereka
Kerana restu mereka penentu kejayaanmu diwaktu kau mengejar cita-citamu

Bersopan santunlah berbudi bahasalah kepada semua
Jujur dan amanah jangan berdusta apa saja dilakukan
Berhati-hatilah jika memilih siapa sahabatmu

Jagalah pergaulanmu
Jagalah maruah dirimu
Agar kau selamat dari godaan dunia

Belajar bersungguh sepenuh hati agar kejayaan milikmu
Tabahkan hatimu menghadapi semua cabaran
Bersifat pemurah tolong menolong pada yang memerlukan

Jangan sesekali melupakan perintahnya
Agar kau selamat dunia akhirat
Agar kau selamat dunia akhirat

Tidak ada komentar: